Friday, 20 December 2013

Income ? ;)

Salam...

Apa kabar anda semua? 
Bercakap mengenai income, gaji, duit, sudah pasti ramai yang mengeluh mengenainya..
 Di sini Ku kongsikan sedikit ilmu milik Allah untuk renungan n peringatan kita bersama... 

B̲a̲g̲a̲i̲m̲a̲n̲a̲ ̲m̲e̲n̲c̲u̲k̲u̲p̲k̲a̲n̲ ̲income kte?̲

Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:

1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!

3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rizki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat!

7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sadaqah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2. 

Moga ada manfaat!

Thursday, 28 November 2013

Hebatnya umat Islam

MasyaAllah! Siapa kata bersekolah pondok tidak boleh berjaya?

Inilah dia hasil didikan dengan ilmu Allah.... Dr Afifi Al Akiti.

Dr Afifi Al Akiti menjadi pensyarah di Universiti Oxford pada usia 34 tahun. Beliau anak melayu pertama yang menjadi pensyarah di Universiti Oxford.

Latar belakang beliau dari pendidikan asas di Selangor seterusnya ke sekolah pondok di Indonesia, Maghribi dan Syria.

Beliau juga dilantik menjadi imam di Ireland. Meraih ijazah pertama dalam Bidang Falsafah Nasrani.

Beliau juga mampu menguasai 7 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Perancis, Latin, Arab, Inggeris, Jerman, Yunani.

Hebat betul! Mengkagumkan, bukan? Alhamdulillah, inilah contoh yang kita mahu..

Monday, 2 September 2013

Ketenangan Hati <3

Assalamualaikum..

 
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

  • Dimensi kata, rasa dan tindakan

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!  

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

  • Rasa kehambaan.
  • Rasa bertuhan.
  • Memahami maksud takdir.
  • Mendapat hikmah di sebalik ujian.

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

  • Rasa kehambaan.

Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:
“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.

Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

  • Rasa bertuhan.

Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah:
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.

  • Memahami maksud takdir Allah.

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”

  • Mendapat hikmah bila diuji.

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.

Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri! 

Selain itu sahabatku...

ada 6 tips mudah untuk mendapatkan ketenangan hati yaitu :

1. Jangan tergantung terhadap orang lain, bersikaplah mandiri dan percaya akan kemampuan yang kita miliki.

2. Jangan berburuk sangka, berfikirlah positif akan membawa pada suatu yang bermanfaat.

3. Jangan mengingat penyesalan yang tidak pantas di sesali di masa lalu, hidup itu mudah, buatlah dalam suatu perbuatan kita dengan keputusan dan jadikan masa lalu menjadi sebuah pelajaran untuk menjadi yang lebih baik.

4. Jangan pernah menyimpan rasa dendam di hati, dendam itu di ibaratkan sebagai racun dalam hati kita, jauhi itu.

5. Jauhi sifat terburu-buru, aset dalam kehidupan bukan harta tapi waktu. maka pergunakan waktu dengan baik.

6. Jangan khawatir dengan hari esok, ketuklah pintu dan pintu pun akan terbuka, ingatlah Allah, Allah pun akan ingat pada kita.

~saling ingat mngingati n mengamalkannya~

IBU segala ILMU


bismillah

Ada sebuah kisah pada zaman khalifah, ada seorang pemuda ingin benar mengetahui apakah dia “IBU segala ILMU“, beliau telah bertanya pada semua cerdik pandai agama pada masa itu tetapi tiada satu pun yang dapat menjawabnya. Lantas selepas itu pemuda tersebut telah mengembara mencari jawapan yang masih belum terjawab miskipun beliau terpaksa meninggalkan isterinya keseorangan di rumah kerana keazaman lelaki itu untuk terus berusaha mencari jawapannya.

Setelah daerah demi daerah ke serata pelusok benua dia harungi untuk bertanya soalan itu akhirnya dia dengan izin Allah telah bertemu dengan seorang alim yang sudah lanjut usia. Apabila mendengar hajat dan pertanyaan lelaki itu lantas orang tua itu mengambil kalam lalu menulis sepotong ayat pada sekeping kertas lalu dilipatnya kertas itu. Kemudian itu kertas tersebut terus di berikan kepada lelaki itu seraya orang tua itu berkata “Janganlah sesekali kamu membuka atau membacanya sehinggalah apabila kamu pulang ke rumah”

Setelah beberapa tahun mengembara akhirnya beliau pulang kerumah, apabila saja sampai di rumah beliau terdengar suara lelaki sedang bergurau senda di rumah bersama isterinya. Melihat kejadian itu lalu beliau terus mencapai pedang di pinggangnya dan terus menuju ke pintu rumahnya. Apabila telah melewati pintu itu tiba-tiba beliau teringatkan pesan orang tua itu agar membaca segala apa yang ditulisnya. Lalu lelaki itu pun terus membacanya. Tiaba-tiba saja dia terdiam dan berubah fikiran.

Selepas itu beliau terus memasuki rumahnya dan mendapati isterinya sedang berbual mesra bersama dengan seorang pemuda, lalu terus beliau bertanya dengan isterinya siapakah pemuda itu lalu isterinya menjawab dia adalah anakmu yang telah kau tinggalkan semenjak dari saat aku mengandungkanya dulu, kini dia sudah dewasa. Dengan penuh hiba pemuda itu terus menitiskan air mata kerana beliau terharu bahawa pemergianya selama bukanlah sesuatu yang sia-sia.

Apakah sebenarnya yang membuat pemuda itu berubah hati daripada perasaan amarahnya yang menguasai dirinya bagaikan separuh gila untuk membunuh dua insan yang tak berdosa itu. Sebenarnya kata-kata yang tertulis oleh alim itu telah benar-benar membuat pemuda itu berubah. Persoalan yang panjang dan mengambil masa yang lama untuk mencarinya akhirnya terjawap jua dan apa yang tertulis hanyalah satu rangkap perkataan yang hanya mempunyaai 5 huruf sahaja.

Benarlah katanya “IBU segala ILMU itu adalah SABAR”

Friday, 21 June 2013

Sejenak tersenyum: Lelaki hensem VS lelaki x ensem

nasib org tak hensem..

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


heheheheh......

~live positively~


-emiza ezliza cuttieija-

Wednesday, 19 June 2013

Take a second ;)

A man woke up early in order to have his morning devotion. He got dressed, set on his way to Allah's house.

On his way to the MASJID, the man fell and his clothes got dirty.. He got up, brushed himself up, and headed home.

At home, he changed his clothes, and was, again, on his way to the MASJID.

On his way to the MASJID, he fell again at the same spot! He, again, got up, brushed himself off and headed home. 

At home he, once again, changed his clothes and was on his way to Allah's house.

On his way to the MASJID, he met a man holding a lamp. He asked the man of his identity and the man replied 'I saw you fall twice on your way to the MASJID, so I brought a lamp so I can light your way.

The first man thanked him profusely and the two went on their way to the MASJID.

Once at the MASJID, the first man asked the man with the lamp to come in and offer SALAAH with him.

The second man refused.

The first man asked him a couple more times and, again, the answer was the same.

The first man asked him why he did not wish to come in and pray.

The man replied, 'I am Satan'. The man was shocked at this reply. Satan went on to explain, 'I saw you on your way to the MASJID and it was I who made you fall. When you went home, cleaned yourself and went back on your way to the MASJID, Allah ( s.w.t) forgave all of your sins.

I made you fall a second time, and even that did not encourage you to stay home, but rather, you went back on your way to MASJID. Because of that, Allah (s.w.t) forgave all the sins of the people of your household.

I was afraid if I made you fall one more time, then Allah (s.w.t )will forgive the sins of the whole nation (world)so I made sure that you reached the MASJID safely.'

Do not put off the good you intended to do as you never know how much reward you might receive from the hardships you encounter while trying to achieve that good.

For your righteousness can save your family and nation at large.

Do this and see the victory of the Allah ( s.w.t )

Praise be to Allah ( s.w.t) in the highest.

🔵When you Carry the Quran. Shaitan gets a Headache. 

🔵When you Open it, he Collapses. 

🔵When he Sees you Reading it, he Faints.

🔵 When he Sees you are living what you read, 
he Flees. 

And 
🔵 when you are about to Forward this Message, he will try to Discourage you...

I Defeated him,
WILL YOU?

Thursday, 13 June 2013

Sucinya ia :)

Suci Sekeping Hati

Sekeping hati dibawa berlari 
Jauh melalui jalanan sepi 
Jalan kebenaran indah terbentang 
Di depan matamu para pejuang 

Tapi jalan kebenaran 
Tak akan selamanya sunyi 
Ada ujian yang datang melanda 
Ada perangkap menunggu mangsa 

Akan kuatkah kaki yang melangkah 
Bila disapa duri yang menanti 
Akan kaburkah mata yang meratap 
Pada debu yang pastikan hinggap 

Mengharap senang dalam berjuang 
Bagai merindu rembulan di tengah siang 
Jalannya tak seindah sentuhan mata 
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

********************************************
Pernah x dgr lagu ni?? Nyanyian Kumpulan Saujana satu ketika dulu...
besar maknanya di sebalik setiap baris ayat..
Sucinya sekeping hati itu bergantung kepada apa yg Kita tentukan n corakkan.. Putih pilihan Kita...putih la ia.. Hitam atau kelabu yg Kita mahukan..maka, itulah hasilnya...

Have a big heart... <3
Have a sincere heart... <3
Besar maksudnya dgn 2 ayat ini..
Nmpak mudah.. Dengar juga biasa shj.. Yg melalui shj yg tau n faham ertinya..


Dulu aku pelik knp dlm 5 GoLDen ruLes to be one of partner in One Community ini yg 1st skali adalah BE SinCere!! Knp be sincere?? knp 1st rule bukan ada DUIT?? ye laaa.. kl xde duit, mcm mne nk start business..
Pelikkk tp tu laa kebenarannya.. Ye laaa.. Bkn mudah nk punya hati yg ikhlas n jujur..
Kejujuran Dan keikhlasan xdapat diukur dengan pengiraan, penghitungan, atau apa sahaja formula.. Kerana ianya lahir Dari Hati yg tulus n telus.. Mudah kan lidah untuk berkata2..  Tp X semudah apa yg dirasa..namun itulah hakikatnya..   

Alhamdulillah.. di sini aku belajar apa sbnrnya Hati yg ikhlas n jujur.. Dalam apa jua yg kita buat, kejujuran n keikhlasan sgt2 penting..
Teringatku pd cerita seorg businessman yg berjaya yg diceritakan oleh partner outstation Ku, AF apih.. 
Walaupun businessman tersebut bkn melayu atau pun beragama Islam, namun prinsip yg dipegangnya sama mcm org yg beragama Islam amalkan..
Katanya kl jd businessman berjaya,
1) cek jgn kasi tendang
2) Hati mesti mahu baik
3) tipu2 xboleh
Wahhh!!! Dahsyattt.. Bila aku dgr je ni.. Trus kepalaku teringat pd Mr Steven Yeam, founder of one community worldwide...benda yg selalu di ajarkan..
Rules yg slalu gak diingatkan oleh sifu Ku, Df nasreeq.. 
Hebattt!! No wonder knp dorg adalah org hebat n bjaya.. Simple rules but really meaningful...

Of cos, dalam melalui perjalanan hidup yg sukar ini.. Sedikit cabaran ni, sedikit dugaan ini..pastinya bukan mudah..Ada up Ada down..Ada atas.. Ada bawah.. Ada jatuh.. Ada bangun...
Tp pecayalah... 
As long as Kita Ada Hati yg kuat utk berjaya..
utk maju ke hadapan.. 
Utk menjadi org yg luar biasa.. 
Ada Hati yg ikhlas n jujur untuk teruskan perjuangan..
pastinya akan ada kemudahan yg terselit dalam kepayahan itu yg Allah akan kurniakan..

Sekeping Hati yg dibawa dgn berbekalkan sifat jujur n ikhlas, InsyaAllah jalannya pasti mudah.. Allah itu Maha Berkuasa.. Setiap yg berlaku pasti Ada hikmahnya.. Apa shj dugaan yg diberikan kpd Kita hambaNya, pasti akan berdasarkan kemampuan Kita..

Setiap masalah pasti Allah sediakan dgn jwpn n penyelesaiannya skali.. Cuma Kita nk pandang masalah itu sendiri mcm mne.. Jika Kita hnya pandang masalah shj, maka xkan ada jwpnnya..tp jika Kita pandang masalah itu tp mencari n fokuskn pada penyelesaiannya, InsyaAllah pasti Ada jawapannya...
Ingat!!! Setiap masalah adalah PELUANG!! 
Peluang utk berubah.. 
Peluang utk rezeki yg lbh besar... Peluang utk berjaya n peluang utk move forward...
Peluang untuk matang..
Dan Peluang utk berjaya pada masa akan datang..

Kepada pembaca2 blog ini..ingatlah..
Jagalah hati <3..
Ke mana2 shj anda pergi..bw skali sekeping Hati yg ikhlas n jujur.. InsyaAllah.. Jalannya mst mudah..
Jgn pernah sesekali menoleh ke belakang lg.. Pecayalah kEJAYAAN menanti di hadapan.. Jadi lah org yg berjaya, kaya, ikhlas n jujur.. Pasti kejayaan itu lebih bererti dan bermakna...

Sebagai ingatan bersama...
Sama2 renungkan n slamat beramal ;)


~live positively~

< emiza ezliza cuttieija> 8487

Wednesday, 12 June 2013

Sejenak tersenyum: Kelebihan Melayu berbanding Arab :)

     
Ini ada 2 cerita yang menunjukkan orang melayu mempunyai tutur kata ARAB yang lebih baik dari orang arab.

Cerita 1:
Kasim bekerja di stesen minyak Petranos, Jalan Ampunk. Dia selalu melayani pelanggan yang ingin mengisi minyak kedalam kereta. Pada suatu hari pam minyak di stesen tersebut telah kehabisan minyak dan perlu menunggu lagi 4 jam untuk minyak diisi semula kedalam tangki besar. Kasim akan memberitahu kepada pelanggan bahawasanya minyak telah kehabisan. Tiba-tiba datang satu pelanggan berbangsa Arab bersama kenderaan yang ingin mengisi minyak. Kasim yang menggelabah akibat tidak tahu bercakap arab terpikir satu ayat arab yang biasa digunakan untuk menggambarkan sesuatu itu habis. Kasim berkata kepada orang Arab tersebut " Encik, minyak sudah SADAQALLAHULLA'ZIMMM".

Cerita 2:
Azlan telah pergi berUmrah ke Mekah dengan pengetahuan bahasa arab yang sedikit. Dia faham apa yang dikatakan dalam bahasa arab tetapi dia kekok untuk bercakap. Nak dijadikan cerita ada seorang arab dari luar Mekah tidak tahu arah di mana hotel penginapannya. Dia terjumpa Azlan yang sedang berjalan seorang diri. Orang Arab itu pun bertanya kepada Azalan dalam bahasa Arab "Boleh awak beritahu jalan manakah yang perlu saya ikut untuk sampai ke hotel ini?(setelah diterjemah ke BM)". Azlan tahu arah hotel tersebut dan faham apa yang orang arab itu katakan tetapi dia tidak tahu menjawab dalam bahasa Arab dengan baik. Setelah berfikir, lalu Azlan pun menjawab " IHDINAS SHIROOTHOLMUSTAQIMM" yang bermaksud "INILAH DIA JALAN YANG LURUS". Maka orang Arab tadi pun kagum bukan kepalang kerana orang melayu yang tidak bercakap arab ini pun menggunakan bahasa Al-Quran untuk berkomunikasi.
 
hahahaha..
 
~live positively~

Tuesday, 11 June 2013

Best moment ;)

Pejam.. celik.. pejam..celik..tip toppp!! Tipp toppp!!! Dah hampir 4 tahun dlm bisnes.. Suka duka.. Pahit maung.. Mcm2 yg dilalui.. Ada gembira.. Ada ketawa...Ada suka.. Ada duka.. Mcm2 memori terindah..syukur alhamdulillah..kl bukan kerana One Community Worldwide, xkn mungkin aku dpt merasai apa yg aku rasa kat sini..

Teringat aku waktu di club med ari tu..CDF asyran tanya kpdku.. " Kak, apa bnda yg paling hepi dlm hidup akak sepanjang akk dalam biz ni?"
Terdiam aku ketika ku..lantas di kepalaku terlintas memori 30 April 2012.. Best moment yg xkn mgkn Ku lupa..iaitu time aku bjaya naikkan eira sebagai District franchise (DF).. Yeahhh!!! Itu lah best memori yg xkn mgkn kulupa.. Melihat kjayaan org2 yg dh follow Ku lama, sudah pastinya akan Ku tersenyum gembira n syukur x terhingga.. Acap kali aku berkata pd rakan2 Ku di sini.. "Xde benda yg boleh buatku gembira melainkan bila melihat insan2 di sekeliling Ku berjaya".. Itu lah aku.. Letakkan kepentingan org lain lbh dr kepentingan sendiri.. Bg Ku mudah.. Menolong ramai org, melihat ramai org berjaya..itulah satu kepuasan yg tiada tolak bandingannya.. 

Hari ni lbh setahun eira telah pun bergelar seorg Df..belum ckp all out aku..namun syukur alhamdulillah.. Semalam (10 june 2013) celebration utk DF ke 2 Ku iaitu Df Eyzzah!! ;) yeahhh, xde apa yg perlu dbanggakan pun.. Tp rezeki Allah ni x terhingga rasa syukur rasanya.. Setelah sekian lama di nantikan..akhirnya Eyzzah bergelar gak seorg Df..usaha n penantian Ku membuahkan hasil..alhamdulillah...


Eermm..bkn mudah utk melahirkan mereka ini.. Tp teringatku pd kata2 Mr Steven Yeam, " susah itu pasti" ;) yahhh!!  Kata2 ni slalu gak diulangi oleh CrF Elly..acap kali rasa mcm pahit je, sering kali aku akan ingt kata2 ni.. Btul laa.. Xde jln singkat nk bjaya.. Kl nk senang je, xkn kemanisan juga dlm kjayaan tu.. Kjayaan pn xde sebarang erti..


Ada org sibuk pertikai kan itu ini..itu ini.. Namun tnpa mereka sedar, mereka x punya apa2.. Masa dihabiskan dgn caci mencaci, dengki mndengki, cemburu buta.. Sb tu suma org dinampakkan salah.. Sblm nk mencari kelemahan org lain, tgk blk diri sndiri..kl diri sendiri pun x btul, cepat2 perbaiki.. Xde istilah terlambat dlm hidup ni..yg pnting NAK atau XNAK?? Tu shj... ;)

Kesempatan ni juga, aku nk ucapkan jutaan terima kasih yg terhingga kpd CrF elly kerana tidak pernah hilang kpercayaan kpd Ku utk terus buat n sntiasa berdiri sebagai wanita yg hebat n mnjadi idola ramai wanita n gadis2 di luar sana..masih Ku ingt lg, kerana insan ni laa aku berusaha bjuang menjadi CDF satu ketika dlu..di saat xde org pcaya kpd Ku, insan ini lah yg datang mnghulurkan secebis kpercayaan utk aku bangkit semula...tq so much Kak Elly.. Jasamu akan diingat selagi hayat dikandung badan..this month gonna be ur month, sista ;) 


Xkan di lupakan juga kpd becoming CrF Nasreeq..insan yg xpernah putus asa dgn Ku..insan yg byk berkorban utk mbesarkan aku dlm bisnes ni..insan yg mngorbankan seluruh tenaga, masa n wang ringgit utk mnjadikan aku manusia n leader yg sebenar.. Insan yg xpernah jemu mnurunkan ilmu, mnitipkan kata2 semangat utk Ku trus bangkit n bgn.. Insan yg sntiasa bersabar..xpernah kenal erti jemu n pts asa utk mndidikku.. Insan yg juga sudi 'mengutip' Ku di saat aku terkapai2 ditinggalkan oleh insan2 yg pandai menabur janji utk sush senang bersamaku,namun akhirnya pergi mninggalkan Ku..terima kasih byk2, Abg..jasamu xkn mgkn di lupakan...akan dkenang smp nafas yg terakhirku di muka bumi ini.. Segala ajaran, tunjuk ajar, didikan n peringatanmu akan Ku ingt smp bila2.. Tq 4 everything.. 


Terima kasih juga x terhingga buat Df eiju.. Rakanku, buddy ku, sahabatku.. Terima kasih atas tunjuk ajar selama ni..terima kasih atas pertolongan mu dlm pjalanan Ku mlahirkan 2 Df ini.. Pastinya bkn mudah.. Namun, dgn dirimu di sisi, pjalanan ini lbh bererti...


To Df teha... Buddy sesaiz Ku..hahaha..tq so much atas segala bantuan, semangat n kpercayaanmu.. Jom sama2 kurus n kaya!!! Hahaha.. Top sales Malaysia n Asia k!! ;)


Buat rakan2 @ adik2 Df yg lain~ Df amar, Df Nadzmi, Df rauf, Df shamin, Df cha... Tq so much..semangat kalian buat akk terus bersemangat.. Keep on all out!! Top sales Malaysia n Asia!!! Come on!!!






To all cdF2~ CDF hafiz, CDF Myra, CDF Zul, CDF kinah, CDF iyma, CDF Rahman, CDF syima, CDF biah, CDF mael, CDF husna, CDF intan, CDF Fakhrul, CDf asyran n suma yg lain.. Tq so much!!! Tnpa kalian suma, siapalah aku...



Khas gak bt partner2ku di ONe community Worldwide~ far, Pidah, affnan n network, wanie n network, fairus n network, armie n netwrk, tim n netwrk, epol n network, zoe n netwrk, mas, iqbal n netwrk, iskandar n network, network2 cDf zul, cdf myra n cdf kinah n suma yg ada~hidupku jd lbh bermakna n indah dgn kehadiran kalian suma..come on!!! Keep on bt, pasti kjayaan milik Kita suma... :) 



To my df~ df eira n df eyzzah~ pjalanan baru bermula..Break the record!! Kita Ada task n target besar bln ni.. Jom sama2 buat!!!


Kini, apa yg dimiliki Blum cukup berjaya lg.. Kerana segalanya baru bermula..Tp syukur alhamdulillah atas limpahan rezeki yg Allah berikan kepadaku selama ini..aku akan terus berusaha...berusaha n berusaha... Ada byk lg yg blum dkecapi lg..time to move forward!! Lets rockkk tis June!!! Come on eija!!! :D hehehe..


Mari sama menuju ke puncak!!!

Sekian..jumpa lg pd coretan seterusnya.. Nantikan tajuk "kau la Ratu hatiku" ;)

Chowww cinnnn chowww!! Yuhuuu!!!

~live positively~

<emiza ezliza cuttieija>8487