Tuesday, 18 February 2014

Ketenangan yang menenangkan...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم ُ

Sedikit perkongsian pagi selasa ni..

Ketenangan Yang Menenangkan

"Kenapalah jiwa aku serabut?"
"Tak tenang...stress...stress...stress !"

Bermacam-macam keluhan suara hati dan lisan yang dapat kita dengar dan rasai dalam menggambarkan betapa mahal dan bernilainya sebuah ketenangan dan betapa inginnya jiwa ini melangkah lari dari keserabutan dan kekacauan rohani dan jasmani.

NIKMAT KETENANGAN : 
Berapa ramai yang masih tercari-cari akan ketenangan khususnya ketenangan rohani. Rumah bertingkat-tingkat, kereta berkilat-kilat, duit berlipat-lipat atau isteri berempat-empatpun bukanlah jaminan total untuk mendapat sebuah ketenangan. Bahkan kadangkala ia menjadi salah satu punca dan musuh perosak ketenangan dan keharmonian rohani.

Hal ini terjadi kerana kebanyakan perkara tersebut secara amnya dikuasai oleh nafsu ammarah yang sentiasa membaluti roh kejernihan jiwa. Nafsu sentiasa mengarahkan kepada perkara yang memusnahkan ketenangan.Jadi tidak hairanlah mereka yang dikuasai nafsu songsang akan mudah teragut ketenangan dari jiwa mereka. Sering disebut 'jiwa kacau', nur ketenangan seolah-olah malap dan hampir padam di hati dan wajah mereka.

Cuba kita renung dan fikir kehidupan para alim ulama’ dan orang soleh yang betul-betul menyerah diri dan bergantung kepada Tuhan sekalian alam. Cahaya ketenangan terserlah dari mereka bahkan adakalanya aura tersebut terasa terpancar di sekeliling mereka hinggakan jika kita melihat wajah dan mendengar tuturkata mereka terasa bagaikan diselimuti gebar ketenangan dan kedamaian. Jiwa yang gersang terasa bagai disimbah salju yang menyejukkan jiwa yang resah.

الَّذِينَ آَمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.( Arra’d:28)

CONTOH :
Cuba kita fikir sejenak, dikala kita membaca ayat-ayat Allah dalam Alquran beserta kefahaman dan penghayatan yang mendalam, ataupun ketika kita melihat ayat-ayat kauniah (ciptaan alam) tentunya secara tidak langsung akan terbit satu perasaan yang membuatkan kita terasa nyaman dan lapang...cubalah…!

Mengapa ketika manusia menghadapi tekanan emosi atau keserabutan fikiran, mereka akan mengasingkan diri mencari kesunyian dan ada yang mencari ketenangan di sebalik alam seperti di tepi pantai, di dalam taman sambil mendengar kicauan beburung, di tebing sungai yang mengalir dan seumpamanya, ini kerana suara-suara alam ini (makhluk Allah) sentiasa menuturkan tasbih dan zikir pujian kepada Sang Penciptanya. Sebab itulah apabila kita mendengarnya jiwa akan diuliti rasa ketenangan.

KETENANGAN HAKIKI :
Carilah ketenangan hakiki untuk diri. Jauhkanlah diri daripada kemurkaan Allah Ta’ala. Hindarkanlah maksiat kepada Allah kerana ia akan menggugah ketenangan jiwa. Nur Ilahi akan jauh dari pelaku maksiat dan kolam ketenangan akan tercemar dengan noda dan dosa.

Banyakkanlah istighfar beserta doa, pohonlah keampunanNya sentiasa selagi usia masih bersisa. 
Jangan kita putus asa daripada rahmat Allah. Banyakkanlah bergaul dengan orang-orang soleh dan menghadiri majlis-majlis zikir dan ilmu.

Jauhilah sifat-sifat mazmumah yang menjadi racun kepada benih ketenangan seperti hasad dengki, buruk sangka, fitnah dan sifat seumpamanya. Basahilah lidah dengan zikrullah selalu nescaya ia akan terbit menjadi anggota yang mengarahkan kepada ketaatan kepadaNya.

Allah telah berfirman dalam al Quranul Karim :

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ (27) ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً (28) فَادْخُلِي فِي عِبَادِي (29) وَادْخُلِي جَنَّتِي (30
Maksudnya: "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurgaKu! "


-live positively- ;))

Thursday, 6 February 2014

Story from papa

Suatu hari, aku bertanya kepada Guru :-

Aku: "Bagaimana caranya agar kita boleh mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup..?" 

Guru : "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah pd fikiranmu dan jangan kembali kebelakang..!"

Setelah berjalan dan sampai di ujung taman, aku kembali dengan tangan hampa.. 

Lalu Guru bertanya : "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun...???" 

Aku : "Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak memetiknya, karena aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di hujung, aku baru sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali kebelakang lagi..!" 

Sambil tersenyum, Guru berkata : "Ya, itulah hidup.. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita utk menerima kekurangan.." 

• Bila tak mampu memberi, jangan mengambil.
• Bila mengasihi terlalu sukar & sulit, jangan membenci. 
• Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.
• Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit/memberatkannya.
• Bila tak sanggup memuji, jangan mengkeji.
• Bila tak mampu menghargai, jangan menghina. 

"JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yg telah ada pada kita".

Monday, 13 January 2014

Salam maulidur rasul ;))

SALAM RABI'ULAWWAL 1435H
 BIODATA RASULULLAH SAW
NAMA :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.
TARIKH LAHIR : 
Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah.
TEMPAT LAHIR :
Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah.
Gelaran: AL AMIN
Pengasuh Pertama:
Ummu Aiman
Ibu Susu Pertama:
Thuwaibatul Aslamiah
Ibu Susu Kedua:
Halimah As Saadiah
Isteri-Isteri Rasulullah :
1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.
Anak-Anak Rasulullah :
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas):- 

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W
🍚1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
..2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
..3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
..4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
🍶5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
🍉6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
..7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
..8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
🏮9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
🍅10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
🍸11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

Mari sama2 Kita praktikkan ;))
Selamat beramal ;))
Byk kan Berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w..
SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H . 
Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada
 NABI MUHAMMAD SAW.