Monday, 10 March 2014

Japan!! Tunggu aku lagi!!! ;)

Assalamualaikum semua...

Lama x dah coretkan sedikit cerita di blog ni.. Ada2 pos pun hanya sedikit pos cerita sahaja..

Trip ke Japan baru-baru ni mengusik hati untuk aku menulis sedikit di blog ni... Pengalaman 7 hari 6 malam sangat memberi pengalaman bermakna.. First time menjejakkan kaki ke negara matahari terbit sangat menggembirakan.. Melihat negara orang, mengenali adat resam masyarakat di sana cukup membuatkan aku jatuh cinta dengan negara ni.. Apatah lagi ini kali pertama aku melihat salji, merasai dan bermain di ski.. Tidak aku sangka kan yang aku mampu menjejak kan kaki ke negara maju ini..




Mula-mula menjejak kaki ke tanah jepun ni, kami ke Gotemba.. Tempat yang ala-ala JPo di Johor taip 5 kali ganda lagi besar..memang sangat2 murah barang2 dan sangat banyak choice di sana.. Rambang mata rasanya..huhuhu.. 2 sport shoes jenama Nike dan baju, cap, towel Ralph Lauren dan beberapa barang-barang lain menjadi pilihan aku di Gotemba.. Huhuhu... Best shopping ;)




Namun paling tak boleh bla skali rasanya adalah makanan Jepun..memang langsung x boleh masuk.. Makanan yang agak mentah dan nasi yang terlalu lembik dan ditambah plak dengan makanan lain yang lembik dan sup yang makk aii.. Baunya lain macam..heheh..memang perit rasanya nak masuk dalam tekak ni.. Tapi jangan terkejut kalau aku katakan yang paling aku suka di Jepun adalah tea!! Just plain tea but terasa sangat sihat dan hot.. Terbaik!! Siap aku beli 3 tin Japanese tea time di sana.. Huhuhu





Jepun adalah negara yang sangat bersih.. Penduduknya sangat lemah lembut dan sangat menghormati orang lain.. Kata-kata "arigato gozaimas" sentiasa di mulut mereka walau apa jua keadaaan.. Tunduk separas rukuk adalah menjadi tradisi mereka.. Walau seharian mereka bekerja dari pagi hingga ke malam, mereka masih bersemangat dan sentiasa tersenyum.. Hebat masyarakat di sana.. "No emotion" ;)
Traffic jam jarang kelihatan.. Ramai masyarakat di sana menggunakan basikal atau motor.. Tapi kebanyakan penduduk di sana hanya berjalan kaki.. Dahsyat,, walaupun jauh, mereka berjalan kaki.. Dan walaupun waktu pagi, petang dan malam, sentiasa ada orang yang berjoging.. Huhuhu.. Agaknya sebab itulah masyarakat jepun sangat kurus dan cantik..hehehe ;)





First time bermain ski rasanya adalah yang paling mencabar.. Terpaksa menahan kesejukan, terpaksa juga belajar berkali-kali dan banyak kali terjatuh sewaktu bermain ski ini..namun cabaran ni ku sahut dan alhamdulillah aku semakin mahir dan boleh bergerak sendiri Tanpa bantuan guider.. Hehehe.. Memang best!!






Melihat keindahan gunung tercantik di dunia iaitu Mount Fuji memang kenangan terindah..apatah lagi bila matahari mula naik.. Salji kelihatan cair di mount tersebut lebih menampakkan keindahan ciptaan Allah yang tiada tolak bandingnya..


Japan~Negara yang sangat bersih sehinggakan nak jumpa satu sampah pun sangat2 susah.. Walaupun tong sampah agak susah nak jumpa, namun sampah tidak ada yang bertaburan.. Hebat negara ni.. Walaupun agak lambat merdeka, namun negara ini sangat cepat membangun.. Bangunan yang tersusun rapi, jalan raya yang boleh dikatakan kemas dan kemajuan yang pesat.. Berpegang pada prinsip sendiri, negara ini boleh bangkit dan membangun dengan hebat.. 

Pengalaman berjalan, shopping, bermain ski, pergi ke Tokyo Disneyland dan melawat istana, Tokyo tower dan banyak tempat di sana memberi pengalaman dan kenangan yang sangat berharga dan bermakna.. 







Pengalaman ke masjid turki dan Arabic institute in Tokyo gak tak dapat dilupakan.. Tidak Ku sangka di tengah-tengah negara yang majoriti masyarakat nya menyembah batu, gunung, matahari, bulan dan sebagainya, terdapat juga masjid di sana..

Wahh.. Pengalaman yang sungguh mengasyikkan.. Alhamdulillah akhirnya selamat juga aku tiba ke tanah air tempat tumpah darah Ku jam 5.15pm waktu Malaysia pada 8hb Mac 2014.. Syukur alhamdulillah..
Pengalaman 7 hari di jepun akan Ku sematkan dalam hati sampai bila-bila.. Akan Ku pergi ke sana lagi bersama-sama insan-insan tersayang dalam hidupku..

Thank you One Community..
Tq one energize station sdn bhd
Tq kawan2 rf, CrF dan df2...
Sweet memories with u guys ;)

Gud luck.. Sayonara ;))

Japan!!! Tunggu aku lagi!!!



No comments:

Post a Comment